Tuesday, September 28, 2010

Mengintai Anak-anak Yatim PAYASUM di Emperor

25 September 2010 - Sambutan Majlis Hari Raya

25 September 2010 - satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anak yatim daripada PAYASUM telah diadakan anjuran Malacca Industrial Skill Development Centre (MISDEC) dan Borderless Resources Sdn Bhd (BRSB) dengan kerjasama Emperor Hotel. Seramai 60 orang anak yatim yang keseluruhannya perempuan telah hadir ke majlis sambutan Hari Raya tersebut. 

Majlis yang bermula sekitar jam 10.00 pagi itu dimulakan dengan persembahan Gamelan daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru. Majlis tersebut dirasmikan oleh  Pengarah UPEN Datuk Zainal bin Hussin dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Tuan Hj Zamrud selaku Pengarah Eksekutif MISDEC.

Acara makan tengahari bermula pada jam 11.30 pagi sambil dihiburkan oleh persembahan Gamelan dan nyanyian daripada artis jemputan Reez.Selepas rehat untuk menghormati waktu Zohor, acara bersama anak-anak yatim bermula. Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi mengeratkan silaturrahim di antara anak-anak yatim dan orang ramai.

Majlis sambutan Hari Raya berakhir pada jam 4.30 petang.



 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

 Pasukan Gamelan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru

Sesi pendaftaran

 Sesi pendaftaran

 Sesi pendaftaran

Sesi pendaftaran


En. Razali - Pengarah Urusan Borderless Resources Sdn Bhd. 

Sabar menanti acara bermula 

Sabar menanti acara bermula 

Ahli keluarga salah seorang staff BRSB

Kumpulan Zapin


Ketibaan VIP

Pertunjukan silat 

Acara bermula

Perasmian Majlis oleh Datuk Zainal bin Hussin

Persembahan gamelan

Penyampaian cenderahati

 Penyampaian cenderahati


Penyampaian cenderahati

  Persembahan Zapin


VIP 

Astis jemputan

Bergambar bersama peminat

 Kumpulan Zapin

Bermesra dengan adik daripada rumah anak yatim

No comments:

Post a Comment